SELAMA ini, minum air diyakini dapat membantu dalam proses penurunan berat badan. Dalam satu kaji selidik dijalankan antara 2015 dan 2016, 26.3 peratus peserta melaporkan ;meminum banyak air; dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Beberapa kajian menunjukkan minum lebih banyak air berkait rapat dengan penurunan berat badan, tetapi bukti yang ada tidak mencukupi untuk menyokong dakwaan sebab dan akibat amalan itu secara langsung.

Ketahui lebih lanjut sama ada meminum air dapat membantu anda menguruskan berat badan.

● Adakah meminum air menyebabkan anda membakar kalori?

Minum air mungkin membantu meningkatkan kadar metabolik anda dan berapa banyak tenaga atau kalori yang anda bakar.

Dalam satu kajian pada 2023, penyelidik mendapati orang yang minum 200 hingga 250 mililiter (ml) atau 6.8 - 8.5 auns air suam selepas makan kehilangan lebih banyak berat badan dan mencatatkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih rendah berbanding kumpulan tidak melakukan perkara itu.

Dalam satu kajian terdahulu, peserta diberi air, larutan garam atau sukrosa untuk diminum. Kemudian, mereka diukur bagi kesan minuman itu terhadap penggunaan tenaga istirahat mereka atau berapa banyak kalori mereka bakar ketika tidak melakukan aktiviti.

Air suhu bilik tidak memberi kesan apa-apa, sementara air sejuk menunjukkan peningkatan kecil sebanyak 23 kalori dibakar setiap hari. Walaupun begitu, minuman sukrosa menunjukkan peningkatan penggunaan tenaga jauh lebih signifikan.

Ini menimbulkan keraguan mengenai keberkesanan air itu sendiri dalam menguruskan obesiti. Lebih banyak kajian sepatutnya memberi tumpuan khusus kepada kesan cecair panas berbanding sejuk terhadap penggunaan tenaga.

● Adakah meminum air sebelum makan mengurangkan selera dan pengambilan kalori?

Apabila anda minum air sebagai gantian kepada minuman lain, yang mungkin tinggi kalori dan gula, anda mengurangkan pengambilan kalori secara semula jadi. Selain itu, sesetengah orang mendakwa minum air sebelum makan mengurangkan selera. Tetapi, adakah ini benar?

Satu kajian pada 2018 menunjukkan meminum air sebelum makan mungkin membantu anda berasa kurang lapar dan kurang makan tetapi hanya pada orang memiliki berat dan BMI purata. Tidak jelas sejauh mana ini berlaku kepada orang mengalami kelebihan berat badan atau obesiti.

Kajian pada 2016 mencadangkan perkara berikut:

● Apabila anda tidak berdiet atau memantau pemakanan anda, memilih untuk minum air berkalori tinggi mungkin membantu anda mengurangkan kalori.

● Bagi orang mempunyai masalah dengan metabolisme atau mempunyai obesiti, minum air mungkin membantu membakar lebih banyak kalori.

● Minum air boleh merangsang tubuh anda untuk memecahkan lemak tanpa meningkatkan gula darah atau insulin anda, yang juga mungkin menyokong penurunan berat badan.

Satu kajian pada 2018 tidak menunjukkan bukti bahawa minum lebih banyak air mempunyai sebarang kesan terhadap berat badan dalam kalangan remaja mengalami kelebihan obesiti. Di sini juga, hanya boleh disimpulkan lebih banyak kajian diperlukan terhadap perkara ini.

● Adakah meminum lebih banyak air mengurangkan peluang penambahan berat badan?

Meminum air juga mungkin membantu mencegah penambahan berat badan jangka panjang. Menurut satu kajian pada 2013, berat orang biasa menambah kira-kira 1.45 kilogram (kg) setiap empat tahun.

Menurut kajian itu, subjek yang meminum satu cawan air tambahan setiap hari mengurangkan penambahan berat badan mereka sebanyak 0.13 kg.

Mereka yang menggantikan hidangan minuman manis dengan gula pada kadar satu cawan air mengurangkan penambahan berat badan mereka 0.5 kg selama empat tahun.

Dalam satu tinjauan pada 2019, penyelidik mendapati hasil semua kajian menunjukkan minum lebih banyak air mempunyai impak lebih banyak penurunan berat badan.

Penurunan berat badan sekitar 0.4 - 8.8 kg dan purata penurunan berat badan adalah 5.0 peratus. Bagaimanapun, penyelidik berkata penurunan berat badan paling banyak dilihat apabila air menjadi minuman pilihan berbanding pengambilan kalori tinggi. Ini sekali lagi menunjukkan pengambilan air itu sendiri tidak menyebabkan penurunan berat badan.

Berapa banyak air sepatutnya saya minum setiap hari untuk menguruskan berat badan?

Banyak pihak berkuasa kesihatan mencadangkan minum lapan gelas sehari.

Ikuti Channel Tip Kesihatan supaya tidak terlepas tip kesihatan terkini. Jom! Klik Sini



Post a Comment