Tanam-tanaman sama seperti manusia yang memerlukan nutrisi. Jika tidak cukup nutrisi, tanam-tanaman serba tidak menjadi atau tidak menghasilkan hasil yang diidamkan. Membeli baja pula agak mahal dijual di pasaran. Syarikat besar pun cuba berjimat daripada membeli baja dengan membuat baja sendiri.

Hari ini saya kongsikan cara membuat baja asli sendiri daripada batang pokok pisang. Membuat baja sendiri selain melakukan penjimatan, anda juga lebih yakin dengan baja yang anda buat sendiri, lebih asli dan dipercayaai berbanding yang dibeli di pasaran terutama yang dijual oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Terdapat banyak aduan baja cecair yang dijual di pasaran adakalanya cair daripada kebiasaan. Oleh itu membuat baja asli sendiri adalah jalan selamat disamping dapat berjimat.

Kali ini saya kongsikan cara membuat baja asli sendiri berasaskan batang pisang. Dimana-mana sahaja di pelusuk kampung ada menanam pisang tetapi kebanyakan tidak menyedari bahawa batang pisang boleh dibuat baja asli. Oleh itu anda tidak perlu membeli batang pokok pisang. Selain batang pokok pisang, anda perlu membeli gula merah.

Perlu diingat bahawa walaupun belum ada kajian saintifik tentang baja asli berasaskan batang pokok pisang tetapi daripada testimoni yang mengamalkan pembajaan menggunakan baja asli berasaskan batang pokok pisang amat memberangsangkan. Petani-petani dari Thailand dan Indonesia sudah sekian lama mengaplikasikannya tetapi tidak menghabakannya kepada umum. Tanam-tanaman mereka lebih gemuk dan sihat malah berbuah lebih lebat. Untuk tambahan, baja asli ini adalah baja organik kerana tidak mempunyai bahan kimia.

Cara penyediaan baja asli berasaskan batang pokok pisang tidaklah susah sangat malah tidak keterlaluan jika dikatakan membuat baja asli dengan batang pisang semudah ABC.

Di sini saya kongsikan langkah demi langkah cara pembuatan baja asli menggunakan batang pokok pisang. Anda boleh mengaplikasinya selepas membaca dan faham cara membuat baja asli daripada batang pokok pisang.

Alat dan bahan yang digunakan untuk membuat baja asli ini ialah parang, tong atau bekas bertutup, batang pisang dan gula merah.

Langkah-langkah pembuatan

1. Potong-potong kecil-kecil itu batang pisang mengikut kuantiti yang anda perlukan. Supaya tidak banyak kali membuat, guna sahaja satu batang pokok pisang buat baja asli. Tujuan batang pisang ini dipotong-potong kecil ialah supaya ia mudah dimasukkan dalam bekas dan memudahkan pemerapan.

2. Masukkan potongan-potongan pisang ke dalam bekas. Isi air ke dalam bekas sehingga potongan-potongan pisang ditengelami air.

3. Masukkan pula gula merah dalam bekas yang sudah diisi dengan potongan batang pisang. Menurut pakar pembuatan baja asli batang pisang, satu batang pisang memerlukan sekurang-kurangnya 2Kg gula merah. Mungkin terlebih tidak apa asal jangan kurang.

4. Gaulkan kedua-dua bahan potongan batang pisang dengan gula merah sehingga gula merah larut sepenuhnya. Tutup bekas dan simpan bekas selama lebih kurang 7 hari sebelum digunakan. Jangan tutup ketat sangat nanti meletup kerana ia menghasilkan gas.

5. Selepas seminggu, masanya untuk mendapatkan baja asli anda. Tapis air daripada sisa dan masukkan dalam botol. Kini masa untuk penggunaan baja asli anda.

6. Untuk penggunaan baja asli anda, untuk satu penutup botol baja asli boleh dicampur dengan air sebanyak 10 liter. Gunakan bancuhan baja asli ini sekali seminggu . Untuk mendapatkan hasil yang optimum, baja tanam-tanaman anda pada awal pagi sekitar 6 pagi dan sekitar pukul 6 petang. Ini adalah kerana pada masa itu liang-liang pokok terbuka bagi memudahkan proses penyerapan baja terutama yang anda sembur terhadap pokok dan daun. Untuk makluman baja ini boleh di siram dan disembur.

Sekian perkongsian kali ini, semoga bermanfaat. Jika anda fikir perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa kongsi kepada kawan-kawan seperti di facebook, group whatsapp, telegram agar mereka juga akan mendapat membuat baja asli sendiri dan paling penting sama-sama berjimat.

Untuk tutorial yang lebih jelas, boleh rujuk video di youtube.


Post a Comment